Artikel

Lebarkan Sayap Perniagaan Anda Dengan Azizan Business Circle (ABC).

0

RANGKAIAN adalah taktik pemasaran tunggal yang paling berkuasa untuk mempercepatkan dan mengekalkan kejayaan mana-mana individu atau organisasi. Rangkaian merupakan perhubungan yang dibina untuk berkekalan dan saling menguntungkan.

Sebagai pemangkin rangkaian perniagaan dan usahawan, Azizan Business Circle (ABC) menerajui kepentingan ini dan beroperasi sebagai pemangkin untuk memastikan anda mendapat peluang yang sebaiknya untuk berhubung di dalam platform rangkaian yang betul. Tujuan utama kami adalah untuk membantu mengembangkan rangkaian sfera pengaruh anda dan secara langsung meningkatkan potensi perniagaan anda.

Persoalan yang perlu ditanya bukan soal siapa yang anda kenal, tetapi Siapa Yang Mengenali Anda dan Perniagaan Anda!

Tanya mana-mana Eksekutif berjawatan tinggi, ahli politik, pemimpin masyarakat atau jurujual yang berjaya, apakah salah satu kemahiran tunggal atau tabiat yang membantu mereka cemerlang dalam kerjaya mereka, majoriti akan bertindak balas dengan satu perkataan mudah … Rangkaian.

RANGKAIAN ADALAH KRITIKAL

Sebagai pelanggan, anda sentiasa dihujani dengan iklan, e-mel, status updates, tawaran istimewa, dan berbagai jenis mesej jualan. Tetapi, untuk lebih berjaya, rangkaian dan hubungan peribadi anda yang akan membolehkan anda dan organisasi anda untuk menonjol, berkembang maju dan kekal di dalam fikiran orang.

Oleh itu, kami ingin membantu anda membina rangkaian perhubungan yang kukuh untuk lebih berjaya dan menambah nilai dalam kehidupan orang.

Ia juga sebagai tanda terima kasih kami kepada Alumni Dr. Azizan Osman. Kami telah melancarkan Direktori Usahawan dan Perniagaan untuk Ahli Koperasi Permodalan Usahawan Selangor Berhad (PUSB) dan semua Alumni dan peserta seminar Dr Azizan Osman.

Ia sebuah portal direktori perniagaan yang akan ‘meletup’ tak lama lagi. Yang menariknya, anda berpeluang untuk mendaftarkan perniagaan anda secara PERCUMA di www.myabc.com.my sekarang.

14/01/2015 |

Jom Bisnes Berjemaah

0

Assalamualaikum & Salam Luar Biasa Hebat buat semua pengunjung Azizan Business Circle Direktori!

Tahniah & terima kasih diucapkan kepada anda yang telah mendaftar dan menyenaraikan perniagaan anda di direktori ini. Semoga dengan adanya medium ini, dapat membantu anda memperkenalkan atau mempromosikan perniagaan anda dengan lebih luas lagi. Manfaatkan medium ini sebaiknya, dan anda akan terperanjat bagaimana bisnes anda akan pergi lebih jauh dengan lebih pantas!

28/10/2014 |
Hakcipta Terpelihara © 2017. Diurus dan dikendalikan oleh ABC IT Works Sdn. Bhd.
Skip to toolbar